Buku ini bertujuan untuk memperihalkan secara ringkas tetapi lebih komprehensif tentang prinsip-prinsip dan peruntukan-peruntukan undang-undang Islam mengenai perkahwinan dan perceraian. Ia merujuk kepada sumber undang-undang keluarga Islam dalam al- Qu’ran dan Sunnah Rasulullah ( s.a.w.) serta sumber dari peruntukan-peruntukan perundangan moden dan keputusan-keputusan kehakiman mengenai isu-isu berhubung dengan perkahwinan dan perceraian di bawah undang-undang Syariah.
Peruntukan-peruntukan perundangan yang diberi tumpuan dalam buku ini adalah berdasarkan peruntukan-peruntukan dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah-Wilayah Persekutuan ) 1984; pada masa yang sama pelbagai rujukan dan perbandingan juga dibuat berdasarkan peruntukan-peruntukan perundangan yang berkaitan dari beberapa negara Islam yang lain.
ALL PRICES ARE SUBJECT TO CURRENCY FLUCTUATIONS. PLEASE CALL IN FOR PRICES
The Family Court Practice (Red Book), covers the entire range of family business and contains all the essential materials you need to practise in the Family Court.