Buku Jurisprudens Moden ini, yang telah diterjemahkan dari versi Bahasa Inggeris Modern Jurisprudence, membantu menyediakan asas yang sangat bernilai dan pengenalan yang komprehensif. Buku ini dilengkapi dengan prinsip-prinsip dasar, dan pada masa yang sama memudahkan pelajar untuk memikir dan menganalisa undang-undang dan system perundangan secara kritikal. Pelajar jurusan undang-undang akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dan akan menemui kejayaan. Pengarang bukan hanya membincangkan teori-teori yang lama sahaja malah turut memperkenalkan teori dan isu-isu semasa. Penulisan yang dihasilkan menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami oleh para pelajar, pengamal perundangan dan juga orang awam yang berminat dengan perihal tersirat teori perundangan yang kompleks.
Reviews
There are no reviews yet.