Kepelbagaian Hak Asasi Manusia di Malaysia

RM35.00

Author: Wan Siti Adibah Wan Dahalan, Shahrul Mizan Ismail, Rohani Abdul Rahim & Nazura Abdul Mana
Publication Date: 2019
ISBN: 9789674129156
Format: Paperback
Country: Malaysia

Buku ini membincangkan tentang kepelbagaian hak asasi manusia dalam konteks undang-undang antarabangsa dan undang-undang Malaysia. Peruntukan tentang hak asasi manusia adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan juga termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Terdapat sepuluh isu permasalahan hak asasi manusia yang dikupas dalam buku ini. Isu pertama berhubung golongan yang tiada warganegara di Sabah dengan mengkaji dari sudut pendidikan, kesihatan dan penempatan. Isu kedua adalah berkenaan hak orang yang disalah tahan untuk mendapatkan khidmat peguam. Bagi isu ketiga adalah tentang kebebasan bersuara di Malaysia dengan merujuk Akta Hasutan 1948. Seterusnya, isu keempat adalah berkaitan dengan penentuan kendiri mengikut Akta Orang Asli 1945. Isu kelima pula mengenai hak milik tanah melalui geran komunal kepada orang Asal di Sabah. Selanjutnya, isu keenam adalah mengenai masalah buli di sekolah dan kupasan dibuat berkaitan hak mangsa buli dicabuli. Manakala, isu ketujuh adalah mengenai kerangka perundangan berkaitan pengurusan sisa pepejal di Malaysia yang bertepatan dengan hak untuk memastikan persekitaran yang bersih dan kondusif. Selain itu, isu kelapan turut mengupas mengenai perundangan dalam melindungi hak nelayan di Malaysia. Seterusnya, isu kesembilan mengenai penguatkuasaan terhadap hak privasi individu yang dibicarakan dalam Mahkamah Khas Siber di Malaysia. Isu terakhir dalam buku ini adalah mengenai pancingan data serta hak data peribadi individu.WAN SITI ADIBAH WAN DAHALAN, PhD. Profesor Madya di Fakulti Undang-undang, UKM. Beliau mengkhusus dalam bidang undang-undang laut dan undang-undang alam sekitar. SHAHRUL MIZAN ISMAIL, PhD. Profesor Madya di Fakulti Undang-undang, UKM. Beliau mengkhusus dalam bidang undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. ROHANI ABDUL RAHIM, PhD. Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mengkhusus dalam bidang undang-undang migrasi dan undang-undang, gender dan undang-undang, undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan terrorism, sekuriti dan undang-undang. NAZURA ABDUL MANAP, PhD. Profesor di Fakulti Undang-undang, UKM. Beliau mengkhusus dalam bidang undang-undang teknologi maklumat dan undang-undang harta intelek.

Kandungan

Senarai Kes
Senarai Statut
Senarai Jadual
Prakata
Pendahuluan BAB 1 Hak Golongan Tidak Berwarganegara di Sabah
Mohd Syahnidzam Ahmad & Saidatul Nadia Abd AzizBAB 2 Hak Orang Disalah Tahan di bawah Undang-undang Malaysia dan Hak Mendapatkan Peguam
Amirul Rasyideen Allaudin & Saidatul Nadia Abd AzizBAB 3 Kebebasan Bersuara Media di Malaysia dan Perbandingan Undang-undang Malaysia dengan Piawaian Hak Asasi Manusia Antarabangsa
Wan Amier Firdaus Wan Mohd Azaman & Shahrul Mizan IsmailBAB 4 Hak Penentuan Kendiri Akta Orang Asli 1954
Priskila Akwila Sinem & Rohaida NordinBAB 5 Pemberian Hak Milik Tanah Melalui Geran Komunal kepada Orang Asal di Sabah
Fefesty Badih @Jtah & Rohaida NordinBAB 6 Buli di Sekolah Pencabulan Hak Asasi Manusia dan Peranan Undang-undang Antarabangsa
Kartighesan A/L Sekaran & Shahrul Mizan Ismail

Category:
Weight 0.7 kg

Customer Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.